BLESS TO ALLAH

The Crescent Moon

Sunday, April 3, 2011

PENGORBANAN DAN PERSOALAN

Assalamualaikumwarahmatullah..................kepada semua saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirahmati allah sekelian.....bersyukur kepada allah yang maha berkuasa dan perkasa yang masih memberikan nikmat  kehidupan dan terutama sekali nikmat iman dan nikmat islam  kepada kita dan  setinggi-tinggi penghargaan kepada rasulullah serta para sahabat yang berjuang dalam menyampaikan islam kepada kita  sehingga ketitisan darah yang terakhir. Jika kita singkap kembali bahawa perjuangan itu masih diteruskan oleh saudara kita terutamanya di palestin iaitu gaza. Perjuangan mereka tidak kenal siang dan malam dalam mengangkat kembali martabat islam itu walaupun maut di medan pertempuran. Isteri yang  kehilangan suami, ibu yang kehilangan anak-anaknya, malah ada yang yang kehilangan keluarga dan sebagainya, tetapi tidak membuatkan mereka berputus asa walaupun sedetik. Setiap hari di bumi itu dibahasi oleh air mata dan darah. Bukanlah air mata itu menangisi kekesalan, namun air mata meletakkan rasa bangga terhadap anak-anak  dan suami mereka meskipun mereka dibunuh dengan begitu kejam dan tidak  berperikemanusiaan.
TETAPI................APA YANG KITA BUAT?


Mereka terus dan terus berjuang mempertahankan deen(cara hidup) islam yang sekarang ini kkita pegang. Namun tidakkah kita sedari bahawa perjuangan mereka ini untuk membina kembali banteng islam yang kukuh untuk kita semua. Adakah dengan hanya pandangan mata ?......sayangnya ia hilang begitu sahaja...kerana tidak diaplikasi ke dalam hati serta jiwa dan tidak dijadikan sebagai amalan....hmmmm sayangnya........... marilah kita bermuhasabah kembali moga-moga allah membukakan hati kita dalam melangkahi kehidupan menjadi seorang muslim yang sebenar.   

No comments:

Post a Comment