BLESS TO ALLAH

The Crescent Moon

Monday, January 14, 2013

UMNO PELINDUNG MELAYU?


Isu pengambilan tanah di kawasan Bintong Negeri Perlis, adalah salah satu tindakan yang menzalimi rakyat. Rata-rata penduduk kampung dikawasan tersebut ialah pesawah. Bayangkan jika tanah mereka diambil, dimana mereka hendak tinggal? bagaimana dengan pendapatan mereka?

Tidak susah bagi sesetengah penduduk kampung yang mempunyai tanah yang banyak, tetapi bagaimana pula dengan nasib sesetengah penduduk kampung yang lain yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera.
                               
Sang pengampu umno dan bn sibuk membuat poster yang tertulis diatasnya "BIAR HILANG TANAH, JANGAN HILANG BN". Kalau umno dan bn ambil tanah mereka, umno dan bn wajib memberikan keizinan untuk mereka tinggal di rumah Dato M. Isa Sabu dan rumah-rumah sang pengampu yang sekutu dengannya kerana penduduk kampung tidak mahu kehilangan umno dan bn.