BLESS TO ALLAH

The Crescent Moon

Sunday, December 9, 2012

AKU TAHU!!!

Assalamualaikum buat semua followers...Rasanya dah lama saya tak menulis dan rasa rindu nak menulis tiba-tiba je datang....

Alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk hidup hingga ke hari ni dan kini saya dapat menulis. Mungkin coretan ini tidak seberapa namun apa yang saya harapkan kita dapat berkongsi pengalaman sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini disamping kita dapat memperbetulkan diantara satu sama lain.

Apa yang saya nak perkatakan hari ni ialah kerkenaan dengan topik (AKU TAHU!!!). Topik ini membawa suatu makna yang sedikit berbeza berkenaan dengan kita dengan rab kita iaitu allah azzawajalla. Apa yang kita tahu berkenaan engan Allah?.....Siapa Allah pada diri kita?...hurm???

Seperti mana yang kita semua tahu Allah tiada ibu dan bapa, anak dan lain-lain lagi kerana Allah hanya satu . Namun setakat manakah kita tahu akan keberadaan di dalam kehidupan kita dan mengyakini akan kewujudannya. Kita sebagai manusia biasa yang tak mampu lari dari kenyataan yang kita tidak dapat elak daripada melakukan kesalahan. Setiap kali masa berdetik, setiap kali itu jugalah kita akan melakukan kesalahan. Apakah cara penyelesaian kita dalam menghadapi kenyataan ini?

Sering kali kita melakukan kesalahan, kita akan meletakkan Allah itu ditempat yang terakhir dalam hati kecil kita ini. Muda menjadi suatu jawapan bagi memenuhi nafsu diri. Berfikirlah sejenak dan tanya kepada diri....Siapa aku?

Ingatlah bahawa setiap satu inci yang ditubuh badan kita adalah Allah bahkan apa yang kita miliki sekarang ini adalah hak milik Allah. Ya, benar jika kita kata segala yang berada  disekeliling kita adalah milik kita, namun ingatlah ia tidak akan kekal lama kerana di saat nyawa di kerongkong kita dah hilang aset yang tersayang.


"Ibnu Al-Wazir dalam bukunya yang sangat terkenal iaitu Al-'Awashim wa Al-Qawashim," mengatakan bahawa harapan terhadap rahmat ALLAH S.W.T. akan selalu membukakan pintu harapan bagi diri seorang hamba, akan menguatkannya untuk melakukan ketaatan dan membuatnya semakin berlumba-lumba dalam melakukan amalan sunnah dan bersegera untuk melakukan kebaikan. 

AKU AKAN KEMBALI KEPADAMU YA RAB TETAPI BERSEDIAKAH AKU? ADAKAH TAHU?



MASA BERDETIK,
TIDAK TAHU BILAKAH JEMPUTANYA,
NAMUN MATI  ITU PASTI